Oleh Hajar Umira Md Zaki

CUNNA Pretty terus komited dalam perniagaan kosmetik dengan memperkenalkan produk terbaharunya iaitu krim mengempiskan perut, Lipobuster Cream.

Ia produk ketiga daripada Cunna Pretty selepas Zumba Body Wash dan Expy Skin yang membantu meningkatkan kecantikan badan dan wajah pengguna.

Pengasasnya, Fatin Pauzi berkata, pihaknya mula mengumpulkan maklum balas daripada pengguna pada pertengahan 2021

"Pada awalnya kami beri sampel penguji kepada pengguna membeli produk keluaran Cunna Pretty yang lain bermula Jun lalu.

"Melihat kepada permintaan yang meningkat, ia menaikkan keyakinan kami untuk terus memperkenalkan Lipobuster Cream di pasaran pada Disember lalu.

"Alhamdulillah, berkat pengenalan awal pada pertengahan tahun dan permintaan pelanggan, Lipobuster Cream laris dalam masa sejam sahaja," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengetengahkan bahan premium dan alami seperti eskstrak halia, manjakani, minyak biji anggur (grape seed oil) dan minyak pati aroma serai.

Mengulas lanjut, keistimewaan Lipobuster Cream adalah teksturnya yang tidak memberikan kesan pijar ke atas kulit pengguna apabila disapu dan cepat meresap ke dalam kulit.

Menurutnya, menerusi maklum balas pengguna, penggunaan krim turut membantu mengempiskan perut yang berlebihan, menganjalkan kulit dan menurunkan berat badan.

"Produk Lipobuster Cream sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita, serta elok digunakan selepas mandi atau sebelum tidur.

"Ia diproses di kilang yang mempunyai kelulusan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Kementerian Kesihatan (KKM) serta lulus ujian makmal," katanya.

Menurut Fatin, pihaknya kini memberikan harga pengenalan serendah RM45 sahaja kepada pengguna dengan produk terhad sehingga 5,000 unit Lipobuster Cream sahaja. Pelanggan yang ingin mendapatkan Lipobuster Cream dengan harga rendah boleh mula mendapatkannya menerusi Instagram @cunnapretty_hq atau @lipobuster.hq atau hubungi talian 011-1986 0861.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 7:10 AM