MELATI (kiri) dan  Ketua Pegawai Teknologi McDonald’s Malaysia, Zaid Hasman pada pelancaran ciri baharu Order & Collect
MELATI (kiri) dan Ketua Pegawai Teknologi McDonald’s Malaysia, Zaid Hasman pada pelancaran ciri baharu Order & Collect

MCDONALD'S Malaysia terus menerajui pengalaman pembelian tanpa sentuh dengan memperkenalkan ciri baharu Order & Collect melalui aplikasinya.

Ciri baharu itu diperkenalkan buat pertama kali pada Oktober tahun lalu di restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini diperluas ke semua restoran McDonald's di seluruh Malaysia.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pihaknya sentiasa memikirkan inovasi terbaharu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

"Menerusi ciri ini, pelanggan boleh memilih untuk mengambil pesanan menerusi empat cara di restoran McDonald's yang terpilih iaitu bawa pulang (takeaway), makan di restoran (dine in), pandu lalu (drive-thru) dan pandu masuk (drive-in).

"Pelanggan juga boleh memesan, membayar dan memilih bagaimana dan di mana mereka ingin mengambil pesanan mereka," katanya.

Malaysia pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri berkenaan.

Mengulas lanjut, Melati berkata, selepas pembayaran menerusi Visa atau MasterCard, pesanan yang dibuat akan terus disediakan oleh restoran yang dipilih pelanggan.

"Dengan ciri baharu Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald's kegemaran mereka," katanya

Dalam pada itu, beliau berkata, pelanggan boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila berbelanja RM25 untuk Order & Collect menerusi Visa bermula sekarang hingga 6 Mac depan.

Bagi pengalaman ciri baharu Order & Collect, orang ramai boleh memuat turun aplikasi McDonald's di Apple Store atau Google Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 7:20 AM