DARI kiri, Effendy Shahul, Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong dan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Syukor serta wakil pelajar UM, Wan Afiq Ikhwan Wan Alias.
DARI kiri, Effendy Shahul, Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong dan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Syukor serta wakil pelajar UM, Wan Afiq Ikhwan Wan Alias.

MR DIY Group (M) Berhad (MR DIY) memperuntukkan lebih RM3.6 juta bantuan kembali ke kampus kepada 12,000 pelajar Universiti Malaya (UM).

Ia adalah hasil insiatif #DIY4UM yang turut mendapat kerjasama daripada Touch 'n Go Group (Touch 'n Go) dengan pengagihan RM300 bagi setiap pelajar menerusi aplikasi Touch 'n Go eWallet.

Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong berkata, bantuan berkenaan diagihkan dalam tiga bayaran sama rata sepanjang November dan Disember 2021.

"Dengan pemberian bantuan ini, pelajar dapat menggunakan wang diberikan untuk memberi barangan keperluan harian dan peralatan pembelajaran.

"Kami menyedari ramai pelajar yang memerlukan bantuan untuk memastikan mereka dilengkapi dengan keperluan harian, bahan pembelajaran dan barangan perlindungan diri.

"Kami menerima sokongan Touch 'n Go untuk inisiatif ini dan amat menghargai usaha mereka dalam menjadikan proses pengagihan tunai berjalan dengan lancar dan efektif," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch 'n Go Group, Effendy Shahul Hamid berkata, pihaknya menjalankan beberapa insiatif usahasama strategik bersama MR DIY sebelum ini.

Katanya, pihaknya amat berpuas hati melihat ia diperluaskan lagi ke bidang bukan komersial.

"Kami amat berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam program ini dan berharap dapat memberi motivasi kepada mahasiswa UM dalam mencapai kejayaan," katanya.

Selain sumbangan berkenaan, 11,000 pelajar terawal menggunakan dana layak menerima pulangan tunai RM10 apabila berbelanja minimum RM20 menggunakan e-dompet Touch 'n Go eWallet di cawangan MR DIY, laman e-dagang MR DIY serta program mini MR DIY yang boleh didapati dalam Touch 'n Go eWallet.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 6:20 AM