PENGURUS Pemasaran, Jason Hong (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing.
PENGURUS Pemasaran, Jason Hong (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing.

Kuala Lumpur: Kumpulan Wen Ken menerusi jenama Cap Kaki Tiga mengadakan satu lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing yang terletak di Subang Jaya dan Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia yang terletak di Jalan Klang Lama untuk meraikan Tahun Baharu Cina bersama warga tua dan anak yatim.

Pada masa sama, sumbangan yang disumbangkan oleh pekerja syarikat itu turut diserahkan kepada pusat berkenaan.

Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xin adalah pertubuhan amal yang mengkhusus dalam mengambil dan melindungi warga emas terbiar, didera, bermasalah mental dan tidak berdaya.

Ia memerlukan bantuan makanan, wang dan barangan keperluan harian.

Sehingga hari ini, terdapat 30 warga emas tinggal di rumah jagaan itu dengan kebanyakannya bujang, tiada saudara mara dan tanpa sokongan dengan sebahagian daripada mereka sakit dan memerlukan penjagaan rapi jangka panjang.

Victory Children's Home pula adalah pusat pemulihan dadah untuk membantu remaja terpinggir dan bermasalah. Selepas tahun 2008, pusat ini berpindah ke Taman Hualian, Jalan Klang Lama dan ketika itu ia melihat terdapat ramai kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan mereka menukarnya kepada rumah kanak-kanak dan rumah anak yatim yang ketika ini menempatkan lebih 28 kanak-kanak.

Dalam aktiviti amal ini, Cap Kaki Tiga menyumbangkan wang tunai, hadiah Tahun Baru Cina, Air Penyejuk Badan Cap kaki Tiga dan barangan Cap Kaki Tiga kepada pusat itu.

Pengurus Pemasaran, Jason Hong berkata, Cap Kaki Tiga adalah jenama perdana Kumpulan Wen Ken yang diasaskan pada tahun 1937 dan telah melalui tiga generasi yang sentiasa menegaskan nilai-nilai teras iaitu "pengusaha yang bukan sahaja penjaga, malah perlu prihatin dan mesra masyarakat."

"Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, Cap Kaki Tiga bertekad untuk meneruskan usaha untuk memupuk semangat muhibah dan membawa kegembiraan kepada bangsa dan masyarakat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 January 2022 @ 7:01 AM