Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Bermula esok, kerajaan menawarkan alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia bagi pembaikan kenderaan di bengkel tidak berdaftar.

Ia boleh dibuat di portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

Permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan LHDNM berhampiran.

Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia http://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebelum ini kerajaan menawarkan baucar bernilai RM1,000 di bawah inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia kepada mangsa banjir untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

"Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat

servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif ini.

"Senarai syarikat yang terbabit bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemaskini sepanjang tempoh pelaksanaan.

"Kerajaan menambahbaik pelaksanaan inisiatif ini dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan telah dibaiki di bengkel tidak berdaftar.

"Permohonan yang membabitkan kerja pembaikan di bengkel tidak berdaftar boleh dibuat mulai esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga

Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 4:51 PM