HIDANGAN makan makan BBQ di Hotel SCAPES.
HIDANGAN makan makan BBQ di Hotel SCAPES.

Hotel SCAPES yang dimiliki sepenuhnya oleh LBS Bina Group Berhad kini beroperasi semula secara rasmi mulai 1 November lalu.

LBS Bina Group dalam satu kenyataan berkata, pembukaan semula operasi hotel miliknya itu selaras dengan pengumuman kerajaan untuk membuka semula sempadan antara negeri dan penurunan kes harian Covid-19.

"Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Hotel SCAPES yang dimiliki sepenuhnya LBS Bina Group kini beroperasi semula secara rasmi mulai 1 November 2021.

"Pertemuan dengan keluarga dan sanak-saudara kini boleh diatur dan rancangan percutian akhirnya dapat menjadi kenyataan.

"Bagaimanapun, keselamatan tetamu dan pekerja kami terus menjadi keutamaan dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini dan pelaksanaan langkah pencegahan komprehensif," katanya.

LBS Bina Group berkata, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong Hotel SCAPES pada masa sukar dan sempena cuti perayaan Krismas yang akan datang, Hotel SCAPES gembira mengumumkan pelbagai promosi menarik termasuk makan malam BBQ pada setiap hujung minggu bermula dari 1 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022.

Ia berkata, promosi istimewa ditawarkan untuk bilik dengan sarapan percuma dan promosi makan di restoran terpilih melalui laman web Hotel SCAPES.

Harga bilik ditawarkan bermula dari RM210 bersih sehingga RM338 bersih yang meliputi sarapan dan makan malam BBQ mini untuk dua orang. Hotel SCAPES turut menawarkan promosi dine-in untuk minum petang, makan malam bufet atau makan malam BBQ mini yang bermula dari RM68+. Ini masanya untuk lari seketika dari kesibukan kota dan luang masa berkualiti bersama keluarga tersayang. Nikmati pemandangan indah atau kunjungi tempat menarik tumpuan pelancong berhampiran hotel. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi serta kadar bilik, layari https://scapeshotel.com/.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 7:20 AM