Khairil Anuar Mohammad Anuar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CBP mulai 1 November.
Khairil Anuar Mohammad Anuar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CBP mulai 1 November.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan pelantikan Khairil Anuar Mohammad Anuar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuatkuasa 1 November 2021.

Khairil Anuar, 46, adalah lulusan Sarjana Pengurusan Risiko dari Universiti Glasgow Caledonian, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan dari DeMonfort University, United Kingdom.

Di samping itu, beliau juga adalah seorang ahli bank bertauliah dari Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)/Chartered Bankers Institute serta Oxford Advanced Management & Leadership Programme dari Said Business School, University of Oxford, United Kingdom.

Sebelum perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di CBP, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Strategi di SME Bank sehingga September 2021.

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan lain termasuk Hong Leong MSIG Takaful, Al Rajhi Bank Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri kewangan, beliau mampu untuk meneraju CBP ke satu tahap yang lebih tinggi serta memainkan peranan lebih penting CBP di dalam menjayakan agenda Transkom 2021-2025.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 1:13 PM