NG (kiri) dan Effendy menjalin kerjasama untuk menawarkan penyelesaian prabayar yang terikat dengan kemudahan Touch ‘n Go eWallet dan Visa.
NG (kiri) dan Effendy menjalin kerjasama untuk menawarkan penyelesaian prabayar yang terikat dengan kemudahan Touch ‘n Go eWallet dan Visa.

KUMPULAN Touch 'n Go, menerusi Touch 'n Go eWallet memeterai kerjasama strategik dengan Visa untuk menawarkan penyelesaian kad prabayar yang terikat dengan kemudahan Touch 'n Go eWallet.

Ia dijangka disediakan kepada pengguna Touch 'n Go eWallet pada 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Kumpulan Touch 'n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, dalam suasana hari ini, kerjasama erat dan tawaran nilai yang nyata kepada pelanggan dan pengguna adalah satu-satunya cara untuk terus berkembang maju.

"Usaha sama strategik antara Touch 'n Go dan Visa akan membawa kerjasama antara syarikat-syarikat kami menuju mercu lebih tinggi. Kedua-dua jenama memberi tumpuan kepada pelanggan dan dengan kerjasama Visa, kami dijangka terus menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada pengguna e-dompet kami," katanya.

Menurut kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa, kedua-dua kad tanpa sentuhan (92 peratus) dan dompet digital (81 peratus) digunakan secara meluas di Malaysia.

Data menunjukkan 77 peratus menggunakan kedua-dua kaedah pembayaran ini.

Dengan kad prabayar Touch 'n Go Visa yang akan disediakan, rakyat Malaysia boleh menikmati kelebihan kedua-dua pilihan, sekali gus kerana kad ini melengkapi kemudahan sedia ada yang ditawarkan oleh peniaga QR Touch 'n Go eWallet di Malaysia dengan rangkaian luas Visa meliputi lebih daripada 70 juta lokasi perniagaan di seluruh dunia.

Sementara itu, Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon berkata, memandangkan pandemik dijangka mempercepat peralihan negara ke arah menjadi masyarakat tanpa tunai sepenuhnya menjelang 2025.

, pihaknya sukacita untuk bekerjasama dengan Touch 'n Go untuk membolehkan lebih ramai pengguna memanfaatkan pembayaran digital dengan pengeluaran kad Visa.

"Menerusi kerjasama ini, kami juga berharap untuk bersama-sama melancarkan tawaran perkhidmatan kewangan dengan Touch 'n Go bagi segmen pengguna yang bukan pelanggan bank dan masih kurang diberi perhatian di Malaysia, melalui capaian global rangkaian rakan niaga Visa," katanya.

Penyelesaian Prabayar Touch 'n Go Visa bertujuan menambah baik pengalaman pembayaran bagi pelanggan Touch 'n Go eWallet sedia ada.

Kad Prabayar Touch 'n Go-Visa akan menawarkan pilihan pengeluaran tunai tambahan kepada pengguna Touch 'n Go eWallet menerusi kemudahan pengeluaran wang titik akhir di ATM yang menyediakan urus niaga Visa di dalam negara dan di peringkat global.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Oktober 2021 @ 7:30 AM