Barisan minuman penyejuk badan Cooltopia.
Barisan minuman penyejuk badan Cooltopia.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Sejajar dengan transformasi di dalam organisasi, jenama Cap Kaki Tiga fokus dalam menghasilkan produk penjagaan kesihatan yang lebih mementingkan keperluan pelanggan.

Langkah ini dapat dilihat daripada usaha yang berterusan dalam membangunkan dan mengembangkan produk yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Cooltopia adalah satu produk kesinambungan daripada produk klasik iaitu Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga.

Cooltopia berfungsi untuk menurunkan kepanasan badan.

Air penyejuk badan perasa buah ini adalah sebahagian daripada rangkaian air penyejuk badan, bawah jenama Cap Kaki Tiga.

Sebagai sebuah jenama turun-temurun, Cap Kaki Tiga berpengalaman lebih 80 tahun dalam pembuatan air penyejuk badan.

Air penyejuk badan Cooltopia Limau membawa percikan limau yang menyegarkan adalah tambahan kepada variasi Cooltopia yang sedia ada, iaitu buah laici dan buah jambu batu.

Cooltopia Limau membawa percikan limau yang menyegarkan.
Cooltopia Limau membawa percikan limau yang menyegarkan.

Air penyejuk badan Cooltopia ini dapat memberikan anda nikmat yang terbaik dari dua sudut yang berbeza.

Ia dapat meningkatkan kesihatan dan juga dalam masa yang sama juga dapat memberikan rasa sensasi kesegaran daripada buah-buahan.

Ia menggabungkan fungsi penyejukan, tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna tiruan.

Terdapat dalam botol 320 milliliter yang mudah dibawa, ia memberikan nikmat kesegaran sepanjang hari.

Ini juga adalah pilihan dan penyelesaian yang lebih sihat bagi anda dan keluarga untuk menghilangkan rasa panas badan.

Air penyejuk badan Cooltopia Limau adalah air penyejuk badan yang mampu melegakan panas badan dan mempunyai kesegaran buah.

Sama ada anda sedang bersenam atau menikmati makanan, Cooltopia menjamin kesegaran anda untuk menghilangkan rasa panas badan.

Direka khas suoaya botolnya lebih ringan dan mudah dipegang, anda boleh membawa Cooltopia ke mana saja anda pergi.

Ia boleh didapati di semua farmasi berdekatan, kedai perubatan Cina, kedai serbaguna, pasar raya, pasar raya besar dan stesen minyak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 2:27 PM