Himalaya Salt Sports Candy.
Himalaya Salt Sports Candy.
Bisnes HM
bisnes@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd, syarikat di sebalik Himalaya Salt Sports Candy memperkenalkan rangkaian terbaru, Himalaya Vajomba.

"Vajomba", dalam bahasa Yeti, adalah laungan untuk meluahkan keseronokan di dalam diri dan berasa penuh bersemangat untuk hidup.

Menerusi penampilan aktif dan penuh bersemangat, gula-gula gaya hidup yang baru ini akan membawakan perisa menyegarkan yang mengetengahkan garam Himalaya istimewanya untuk membantu mengekalkan penghidratan.

Diperkenalkan buat pertama kali baru-baru ini, Himalaya Vajomba Honey Lime Mints mengandungi bahan melegakan tekak iaitu madu dan limau nipis, digabungkan dengan sensasi pudina yang menyegarkan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Nicko Jeep Manufacture, Kenny Low berkata, penjenamaan Himalaya Vajomba menerusi slogan 'Hidupkan Hidupmu' ini lebih ke arah gaya hidup aktif, menyeronokkan dan penuh bertenaga, dari pembungkusan produk hingga ke bahan komunikasi di pelbagai saluran.

"Tumpuan kempen ini tentu sahaja kepada duta jenama gula-gula ini iaitu Himalayeti yang comel, seekor yeti yang juga gambaran kepada keseronokan penuh tenaga atau "funergy" menerusi gelagatnya yang spontan.

"Dengan kebolehannya untuk mencari keseronokan dan kenikmatan meskipun dalam kehidupan seharian, Himalayeti mengundang pengguna untuk mengatasi kekangan dan berasa bertenaga dengan mencari keseronokan dalam kehidupan.

"Malah, Himalayeti turut mempunyai platform media sosialnya sendiri untuk berhubung dan berinteraksi dengan lebih baik bersama pengguna.

"Pengguna boleh mengikuti duta "funergy" ini untuk mendapatkan maklumat mengenai peraduan dan pelbagai aktiviti menarik di Himayala Vajomba (Facebook) dan @iamhimalayeti (Instagram)," katanya.

Himalaya Vajomba menampilkan watak Himalayeti.
Himalaya Vajomba menampilkan watak Himalayeti.

Menurutnya, menikmati keseronokan dan bersikap positif saban hari ternyata sesuatu yang baik apatah lagi pada masa kini apabila dunia seperti huru-hara akibat pandemik dan kita pula terjebak dalam kitaran kerja, urusan rumah dan persekolahan di rumah selama lebih setahun.

"Bagi kebanyakan kita, ia ternyata tahun yang mencabar mental. Keperluan untuk menikmati keseronokan dan menghargai perkara paling kecil sekalipun menjadi kunci untuk membangkitkan semangat dan berasa bernyawa.

"Pengguna boleh menantikan lebih banyak perisa dan aktiviti pemasaran yang bakal diketengahkan apabila pihak kami meluaskan rangkaian gula-gula gaya hidup baharu ini untuk mencuit deria rasa pengguna kami," katanya.

Himalaya Vajomba dijual bersama produk laris daripada jenama berkenaan, Himalaya Salt Sports Candy, yang menawan deria rasa ramai yang aktif secara fizikal di seluruh dunia dengan perasa masin, masam, manis dan berpudina yang cukup seimbang serta menghidratkan dengan campuran sodium daripada garam Himalaya yang kaya dengan mineral berserta sensasi sejuknya.

Rasa pudina yang menyegarkan juga menjadikannya sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan nafas segar berpudina sepanjang hari atau mengekalkan penghidratan di kala waktu panas.

Gula-gula padu yang popular ini juga hadir dalam perasa halia untuk mengekalkan kehangatan badan serta penghidratan, manakala varian gula-gula tanpa garam Himalaya Peppermint Pastilles melegakan tekak dan menyegarkan nafas dengan perasa pudina yang menyejukkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 7:54 PM