FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyumbangkan sebanyak RM2.5 juta bagi Program Cerdik, inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (MOE) serta Kementerian

Kewangan (MOF).

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, program ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan akses digital seperti komputer riba, tablet dan sambungan data kepada murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Sumbangan RM2.5 juta ini adalah bagi membantu lebih 1,300 pelajar dari 16 sekolah di Perak, Selangor, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Sarawak daripada keluarga B40 bagi merapatkan jurang proses pembelajaran secara dalam talian serta pembelajaran luar kelas ketika pandemik Covid-19.

"BSN sedia maklum bahawa institusi pembelajaran kini lebih terarah kepada model pembelajaran secara digital. Justeru, melalui inisiatif ini diharapkan agar mereka berpeluang memiliki akses pendidikan yang berkualiti seperti pelajar-pelajar lain," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, penyertaan BSN dalam Program Cerdik yang dikelolakan oleh Yayasan Hasanah selaku

sekretariat inisiatif ini adalah antara usaha berterusan BSN dalam menyediakan keperluan

asas persekolahan bagi pelajar yang memerlukan.

Usaha ini juga adalah selari dengan nilai jenama CSR BSN, BSN Care di bawah teras Pendidikan.

BSN sentiasa komited dalam mengendalikan program-program khususnya bagi pelajar kurang berkemampuan seperti Program 'Jom To School Spectacular' (JTS Spectacular) dan Program 'Murid Spec-tacular'.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 7:00 PM