ANTARA barangan yang disumbang kepada keluarga B40 yang terjejas akibat Covid-19.
ANTARA barangan yang disumbang kepada keluarga B40 yang terjejas akibat Covid-19.
Bisnes HM

Kuala Lumpur: Agrobank dengan kerjasama Persatuan Jaringan Pembangunan Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia) dan MySkills Foundation mengedarkan bantuan bekalan makanan kepada 60 keluarga daripada golongan berpendapatan rendah B40 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam di sini yang selesai menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 14 Julai lalu menerusi Program CovidcareMy 3.0.

Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, sebagai entiti korporat yang prihatin dan peka dengan cabaran dan keadaan semasa yang sedang dihadapi oleh komuniti setempat, Agrobank mengambil inisiatif bekerjasama dengan beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi meluaskan capaian untuk memberikan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang terkesan oleh situasi semasa dek penularan pandemik Covid-19 yang sudah memasuki tahun kedua.

"Sejumlah RM200 diperuntukkan bagi setiap keluarga untuk dibekalkan dengan bekalan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, gula, garam, sardin, susu pekat, kit penjagaan diri dan juga barangan korporat Agrobank seperti tuala muka, kipas tangan dan beg sandang untuk diedarkan kepada keluarga yang dikenal pasti DHRRA Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 9:31 AM