Ramjeet Kaur Virik
Ramjeet Kaur Virik
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI), peneraju syarikat tenusu di Malaysia mengumumkan perlantikan Ramjeet Kaur Virik selaku Pengarah Urusan berkuatkuasa 2 Julai 2021.

Ramjeet bakal menggantikan Tarang Gupta yang telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Alaska Milk Corporation di Filipina, iaitu anak syarikat FrieslandCampina berkuatkuasa 1 Ogos 2021.

Ramjeet turut akan memegang peranan selaku Pengarah Eksekutif untuk DLMI serta sebagai ahli Lembaga Pengarah DLMI dan melaporkan diri kepada Berndt Kodden, Presiden, bahagian Specialised Nutrition (Global), FrieslandCampina.

Ramjeet ketika ini adalah Pengarah Pemasaran (bahagian Consumer Dairy) untuk DLMI, mula berkhidmat dengan Syarikat pada tahun 2011 selaku Pengurus Pemasaran untuk produk minuman berasaskan susu.

Beliau kemudian berpindah ke Indonesia untuk bertugas bersama PT Frisian Flag Indonesia menjawat peranan yang sama untuk kategori susu pekat manis sebelum menjawat jawatan Pengurus Pemasaran Antarabangsa berpangkalan di Singapura.

Pada Januari 2018, Ramjeet telah dilantik sebagai Pengarah Pemasaran untuk kategori Consumer Dairy di DLMI di mana beliau mengetuai portfolio berkenaan dan berjaya memperkukuh kedudukan pasaran selama tiga tahun.

Ramjeet berusia 44 tahun adalah warganegara Malaysia dan memiliki pengalaman kerja lebih dari 20 tahun dalam bidang pemasaran konsumer dan pembangunan perniagaan.

Beliau juga pernah menjawat peranan pucuk kepimpinan di beberapa syarikat multinasional dan kini bersedia meneraju DLMI untuk merealisasikan peranan utama syarikat dalam Mengkhasiatkan Nusa dan

Bangsa.

Ramjeet akan meneruskan segala usaha yang telah dibangunkan di bawah kepimpinan Tarang yang telah berjaya memperkukuh kedudukan di pasaran

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 8:09 PM