GrabPay DuitNow QR menyokong gaya hidup digital rakyat Malaysia dan boleh didapati di mana-mana.
GrabPay DuitNow QR menyokong gaya hidup digital rakyat Malaysia dan boleh didapati di mana-mana.
Hanis Aliaa Hidzir

KAEDAH pembayaran tanpa tunai semakin popular sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan di dalam negara.

Ia sejajar dengan hasrat kerajaan menggalakkan penggunaan transaksi tanpa sentuhan dan peralihan kepada ekonomi digital menerusi penggunaan kod QR saling boleh kendali.

Sehubungan itu, DuitNow QR diwujudkan bagi menawarkan kaedah pembayaran mudah dan selamat kepada pengguna serta memberi peniaga akses kepada jutaan pengguna yang mengutamakan gaya hidup digital.

Selain boleh membeli-belah dengan selamat, pengguna juga sekaligus dapat mengurangkan sentuhan fizikal dan menjimatkan masa mereka.

Yeap Lay Sun menyatakan dia mula kerap menggunakan e-dompet untuk membayar barangan atas sebab-sebab keselamatan.

"Apabila semakin banyak e-dompet menerima DuitNow QR, ia menjadi kaedah pembayaran pilihan saya untuk membuat pembayaran kerana saya boleh masuk dan keluar dari kedai dengan cepat tanpa sentuhan fizikal."

Image

Dengan adanya Standard QR Kebangsaan Malaysia, GrabPay turut sama melancarkan GrabPay DuitNow QR bagi memudahkan urus niaga pengguna di seluruh negara.

Ketua GrabPay Grab Malaysia, Priyanka Madan berkata, Grab melihat banyak peluang untuk menggalakkan perniagaan tanpa mengira saiz bagi melaksanakan proses pendigitalan dan menerima kaedah pembayaran digital.

"Kami gembira dapat mengambil bahagian dalam inisiatif Standard QR Kebangsaan Malaysia bagi membolehkan peniaga memberi perkhidmatan kepada pengguna Grab dan memudahkan mereka membeli barangan keperluan. 

"Pelaksanaan DuitNow QR juga tepat pada masanya berdasarkan peralihan ekonomi dan keperluan pengguna serta peniaga ketika ini. Kedua-dua pihak boleh berurus niaga dengan mudah, selamat dan pantas," kata Priyanka.

Hanya dengan tiga langkah mudah

Image

Pengguna GrabPay hanya perlu melancarkan aplikasi Grab, membuka pengimbas QR seterusnya mengimbas kod DuitNow QR untuk membuat pembayaran. 

Dengan ciri Merchant Discovery, GrabRewards dan Save with Points Grab, pengguna juga boleh mengenal pasti Peniaga Pilihan GrabPay, mengumpul mata dan berjimat dalam setiap urus niaga.

Pengguna turut boleh membuat pembayaran dengan mana-mana bank atau aplikasi mudah alih e-dompet yang mengambil bahagian menerusi DuitNow QR.

Paling menarik, peniaga hanya perlu memaparkan satu kod QR sahaja iaitu DuitNow QR bagi menerima pembayaran. 

Sehingga kini terdapat 31 peniaga yang menawarkan DuitNow QR dan lebih banyak perniagaan bakal menyertai Standard QR Kebangsaan Malaysia tidak lama lagi.

Menurut pemilik Lim Fried Chicken, Jordan Lim, dia bersetuju menyertai GrabPay DuitNow QR kerana ramai pelanggan bertanyakan sama ada kedainya menerima pembayaran digital atau tidak.

"Sejak itu, saya dapati kebanyakan pelanggan saya suka menggunakan GrabPay untuk membuat pembayaran dan mereka juga sering bertanya adakah kedai saya menerima GrabPay".

Komited menjadikan urus niaga dalam talian lebih selamat

Seiring perkembangan kaedah pembayaran dalam talian dan digital, Grab sentiasa menyokong usaha menjadikan kaedah pembayaran digital lebih selamat, mudah dan lancar. 

Grab berusaha melindungi pengguna dan e-dompet GrabPay dengan mewujudkan pusat keselamatan dalam aplikasi bagi mendidik dan memberi maklumat terkini kepada pengguna mengenai cara Grab melindungi e-dompet.

Grab turut bekerjasama dengan sistem keselamatan terkemuka dunia yang memenangi anugerah sistem pengesanan penipuan bagi memastikan setiap urus niaga GrabPay selamat.

Selain itu, Grab juga mempunyai pasukan keselamatan dan pengesanan penipuan sendiri bagi mengekang penipuan.

Peringatan secara berkala turut disampaikan menerusi aplikasi Grab supaya pengguna sentiasa berwaspada dengan aktiviti penipuan dan tidak mendedahkan kod TAC mereka.

Manfaatkan penggunaan transaksi tanpa sentuhan untuk urus niaga lebih mudah, selamat dan pantas dengan GrabPay DuitNow QR.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang GrabPay DuitNow QR

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 12:08 PM