PENGERUSI Eksekutif Airasia Group Datuk Kamarudin Meranun (dua dari kanan) bersama-sama Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Dr Luqman Abdullah (dua dari kiri) dan Ikhlas (kiri) ketika memperkenalkan aplikasi mudah alih IKHLAS.
PENGERUSI Eksekutif Airasia Group Datuk Kamarudin Meranun (dua dari kanan) bersama-sama Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Dr Luqman Abdullah (dua dari kiri) dan Ikhlas (kiri) ketika memperkenalkan aplikasi mudah alih IKHLAS.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: IKHLAS, cabang perniagaan mesra Muslim airasia Digital terus berkembang dengan memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu, seterusnya mengukuhkan lagi jenama itu sebagai platform yang lancar dan mudah diakses oleh komuniti beragama Islam di rantau ini.

Aplikasi baharu ini menawarkan ciri seperti maklumat dan notifikasi waktu solat, kompas Kiblat, platform e-dagang Shop with IKHLAS, bayaran untuk perkhidmatan sedekah, fidyah, zakat, akikah dan korban.

Pengguna juga boleh menerima maklumat terkini daripada masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendaftar sebagai sebahagian daripada ciri komuniti di aplikasi mudah alih IKHLAS.

Pelbagai pilihan aktiviti lain seperti 'Sahabat IKHLAS' juga akan tersedia tidak lama lagi.

Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata, pengenalan aplikasi mudah alih pada bulan yang mulia ini menandakan satu lagi pencapaian bagi jenama IKHLAS.

"Kami akan terus berinovasi dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna. Berikutan pengumuman Perintah Kawalan pergerakan (PKP) baru-baru ini, aplikasi mudah alih ini bukan sahaja menyediakan platform mesra muslim yang mudah, lancar dan boleh diakses oleh komuniti beragama Islam untuk memenuhi kewajipan mereka, malah mereka juga dapat membeli barangan keperluan harian daripada syarikat dengan sijil halal.

"Kami berharap menjadi platform sehenti untuk komuniti Islam di seluruh negara dan akan memperkenalkan ciri-ciri, produk dan perkhidmatan baharu pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, kempen Road to Ramadan yang bermula sejak Mac lalu sudah berjaya mengumpul derma sebanyak RM580,000.

Derma ini membolehkan IKHLAS mengagihkan barangan keperluan dan makanan secara aktif untuk membantu lebih 2,200 keluarga selain pengagihan 10,000 set makanan kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Mei 2021 @ 11:31 AM