ROTI Putih Gardenia Original Classic tampil dengan kebaikan Nutrinegy.
ROTI Putih Gardenia Original Classic tampil dengan kebaikan Nutrinegy.

Kuala Lumpur: Gardenia Bakeries (KL) memperkenalkan wajah baharu Roti Putih Gardenia Original Classic dengan imej lebih menawan dan kontemporari.

Bermula bulan ini, roti ikonik yang laris ini tampil dengan kebaikan Nutrinegy di mana setiap kepingan roti mengandungi vitamin A yang baik untuk mata, vitamin E, zat besi dan nutrien tambahan lain.

Semua nutrien ini memudahkan seisi keluarga untuk menikmati kebaikan dari bahan berkualiti tinggi.

Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL), Ena Suhaila Abas berkata, dianggarkan sekitar 11 juta buku roti dipasarkan setiap bulan di Semenanjung Malaysia dan dengan pengenalan Nutrinegy pihaknya menjangkakan perkembangan lebih pesat dapat dilihat untuk tahun 2021.

"Penyediaan Roti Putih Gardenia Original Classic dibuat secara segar setiap hari dan mengandungi vitamin dan mineral. Ia menjadi matlamat kami untuk meyakinkan ibu yang prihatin di luar sana dalam memastikan setiap kepingan roti kami dipenuhi kebaikan Nutrinegy yang penting bagi penggunaan seharian.

"Kebanyakan rakyat Malaysia bukan hanya melihat produk yang kami pasarkan sebagai roti putih sahaja tetapi ia boleh menjadi hidangan yang memuaskan serta sesuai dinikmati pada bila-bila," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sepanjang Ramadan, pihaknya akan menyumbang 10,000 buku Roti Putih Gardenia Original Classic di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 9:37 AM