ELMIE Aman Najas. FOTO NSTP
ELMIE Aman Najas. FOTO NSTP
Suliati Asri


Kuala Lumpur: Menjangkau usia 10 tahun penubuhan, AIA PUBLIC Takaful Bhd (AIA PUBLIC Takaful) terus komited dalam pengembangan jangka panjang tenaga agensinya dan mentakrifkan semula profesionalisme ejen melalui program latihan yang inovatif serta peneraju industri.

Sungguhpun negara berhadapan situasi sukar disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun lalu, AIA PUBLIC Takaful tetap berdaya tahan dan menyediakan pelbagai kaedah terbaik buat ejennya yang dikenali sebagai Perancang Hayat untuk terus menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan.

Bukan itu saja, pengendali takaful tersebut juga merekrut 4,600 Perancang Hayat baharu pada tahun lalu, sekali gus memberikan peluang pekerjaan kepada mereka terkesan akibat pandemik dan pelaksanaan PKP.

Ia menyaksikan pertumbuhan pengambilan Perancang Hayat AIA PUBLIC Takaful sebanyak 79 peratus berbanding tahun sebelumnya, 2019.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan Perancang Hayat AIA Malaysia seramai 18,000 orang dan 11,000 daripadanya juga adalah Perancang Hayat AIA PUBLIC Takaful.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elmie Aman Najas berkata, ketika pelaksanaan PKP 1.0, ia tempoh sukar terutamanya buat Perancang Hayat kerana mereka tidak boleh bertemu pelanggan secara bersemuka.

"Pusat Khidmat Pelanggan juga terpaksa ditutup, kakitangan hampir kesemuanya bekerja dari rumah dan ia benar-benar mencabar operasi perniagaan.

"Namun situasi ini mendorong kami menjalankan perniagaan dengan norma baharu melalui kebolehan teknologi dan keupayaan digital AIA," katanya.

Cakna dengan situasi itu, AIA mempunyai kelebihan dalam kepakaran bidang teknologi dan digital, sekali gus mewujudkan beberapa penyelesaian yang boleh diguna pakai oleh Perancang Hayat untuk menjalankan aktiviti seharian.

"AIA PUBLIC Takaful adalah pengendali takaful pertama melancarkan 100 peratus proses jualan dan merekrut Perancang Hayat baru tanpa bersemuka.

"Perancang Hayat kami dapat melakukan proses penjualan termasuk berinteraksi dengan pelanggan, dibuat sepenuhnya secara maya," katanya dalam satu sesi temu bual ekslusif, baru-baru ini.

ELMIE Aman Najas. FOTO NSTP
ELMIE Aman Najas. FOTO NSTP

Kata Elmie, pelaburan dilakukan pihaknya dalam teknologi dan digital itu memberi nilai tambah kepada kekuatan syarikat, sekali gus memberi kemudahan kepada tenaga agensinya menguruskan aktiviti harian mereka dari jarak jauh.

"Sepanjang PKP, kami menyediakan pelbagai kemudahan digital kepada tenaga agensi seperti Microsoft Teams untuk mesyuarat dan temujanji, aplikasi i-Recruit agar ketua agensi dapat merekrut Perancang Hayat baru serta i-Learn iaitu sesi latihan dan pembelajaran.

"Jadi, apabila PKP 2.0 dilaksanakan, kami lebih bersedia dan seluruh tenaga agensi masih boleh beroperasi seperti biasa. Apa yang menarik 92 peratus Perancang Hayat Bumiputera kami berusia di bawah 45 tahun.

"Ini secara amnya membuatkan mereka lebih mahir secara digital dan sebilangan besar platform digital ini masih digunakan hingga ke hari ini sebagai sebahagian dari 'norma baharu' operasi kami," katanya.

Sehingga kini, masih ramai individu mengalami pengurangan gaji, diberhentikan kerja mahupun masih menganggur berikutan pandemik Covid-19.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.9 peratus (782,500 orang) pada bulan Januari 2021 berbanding dengan 4.8 peratus (772,900 orang) pada bulan Disember 2020.

Kadar pengangguran negara ini juga kemungkinan akan kekal pada tahap yang tinggi hingga pertengahan tahun ini sebelum lebih banyak aktiviti ekonomi pulih.

Sebagai syarikat korporat yang prihatin, AIA PUBLIC Takaful ingin membantu menyediakan peluang pekerjaan untuk membina semula kerjaya dan pendapatan individu terkesan menerusi program AIA Elite Academy (AEA).

Elmie berkata, program AEA ini adalah program latihan eksklusif selama 18 bulan yang bukan saja unik malah program pertama seumpamanya dalam industri insurans dan takaful.

"AIA Elite Academy, adalah platform terbaik buat individu yang bukan sahaja menginginkan kerjaya yang stabil dan kukuh malah bermakna. Ia sesuai untuk sesiapa yang tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, mahupun menjadi 'usahawan takaful'.

"Perancang Hayat yang terpilih untuk menyertai program ini akan diberikan latihan industri terbaik, bimbingan khusus, sokongan pementoran serta insentif kewangan untuk membolehkan mereka memulakan kerjaya dengan asas yang kukuh.

"Bagi mereka yang mahu membina perniagaan sendiri tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal, AIA Elite Academy boleh membantu merealisasikan impian itu.

"Dari sudut pandangan Islam juga, aktiviti perniagaan amat digalakkan kerana secara langsung menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan pada masa sama membantu masyarakat bersedia dari segi kewangan," tambah Elmie.

AEA yang dilancarkan pada awal 2019 merangkumi tiga pilihan program Elite Lite, Elite/Elite-Pro dan Elite Premier Leader yang mempunyai kriteria kelayakan tersendiri.

Elmie menjelaskan bahawa program Elite Lite sesuai bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dalam bidang takaful, tetapi masih tidak yakin untuk meninggalkan kerjaya sedia ada.

"Elite Lite adalah program selama enam bulan yang boleh disertai oleh mereka yang mencari sumber pendapatan kedua. Ia menawarkan fleksibiliti untuk bekerja dari mana sahaja pada bila-bila masa serta bimbingan berstruktur melalui saluran pembelajaran digital kami.

"Perancang Hayat yang menunjukkan prestasi yang baik dan ingin mencari jawatan sepenuh masa, kemudian layak untuk menyertai pasukan Perancang Hayat Elite dengan mendaftar dalam program Elite/Elite Pro dan juga Elite Premier Leader yang akan membimbing mereka membina perniagaan dan merekrut pasukan mereka sendiri.

"Bukan itu sahaja, program ini menyediakan sokongan kewangan sebagai insentif kepada Perancang Hayat bermula dari RM3,000 hingga RM9,000 sebulan bergantung kepada tahap produktiviti seseorang," katanya.

Keberkesanan program ini terbukti apabila Perancang Hayat Elite AIA lepasan diploma mampu menjana pendapatan dua kali ganda berbanding graduan lain yang juga berkelulusan diploma.

Perancang Hayat Elite AIA yang memegang ijazah sarjana muda (atau sarjana) pula mampu menjana pendapatan tiga kali ganda berbanding graduan lain yang juga berkelulusan sama.

Apa yang membezakan AIA PUBLIC Takaful adalah fokusnya dalam melahirkan Perancang Hayat yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Meraih pengiktirafan Million Dollar Round Table (MDRT), suatu standard kecemerlangan dalam sektor insurans dan perkhidmatan kewangan adalah matlamat setiap Perancang Hayat AIA.

"Kami berbangga kerana AIA adalah syarikat MDRT nombor satu di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut dan satu-satunya syarikat Malaysia tersenarai dalam tangga 20 syarikat teratas dengan bilangan ahli MDRT teramai di dunia," katanya.

Bagi yang mencari kerja atau berhasrat menukar kerjaya yang memberikan masa kerja fleksibel, pendapatan stabil serta ganjaran menarik, AIA Elite Academy adalah jawapannya.

Untuk maklumat lanjut layari www.aia.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 9:08 AM