MOHD Kodri Abas (kiri) dan anaknya menerima sumbangan tablet Bank Islam yang disampaikan  Mohd Muazzam (kanan).
MOHD Kodri Abas (kiri) dan anaknya menerima sumbangan tablet Bank Islam yang disampaikan Mohd Muazzam (kanan).

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan syarikat induknya, BIMB Holdings Berhad (BHB) menyantuni 30 keluarga orang kurang upaya cacat (OKU) penglihatan di Brickfields, Kuala Lumpur untuk menyerahkan peranti tablet yang dilengkapi pelan data internet.

Ia adalah sebahagian daripada penyerahan 1,000 unit tablet khusus bagi membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak daripada keluarga asnaf, mangsa banjir dan golongan kurang upaya (OKU) terpilih di seluruh negara.

Penyerahan sumbangan itu dilaksanakan secara berperingkat sejak 19 Februari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif BHB dan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, penyediaan kemudahan itu selari dengan Matlamat 4 – Pendidikan Berkualiti di bawah Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 7:15 AM