PHARMANIAGA mengautomasi perancangan logistik dan melaksanakan serta meningkatkan kecekapan.
PHARMANIAGA mengautomasi perancangan logistik dan melaksanakan serta meningkatkan kecekapan.

PHARMANIAGA Bhd (Pharmaniaga) memilih Oracle Fusion Cloud Supply Chain & Manufacturing (SCM) sebagai rakan niaga bagi meningkatkan proses logistik dalam persiapan untuk mengedarkan vaksin Covid-19 di Malaysia.

Pengarah Logistik dan Pengedaran Pharmaniaga, Abdul Malik Mohamed berkata, dengan Oracle Cloud SCM, pihaknya dapat mengautomasi perancangan dan pelaksanaan serta dapat mencapai penghantaran masa nyata bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi logistiknya.

"Kami memerlukan platform logistik berasaskan awan (cloud) untuk mengautomasi proses manual dan meningkatkan kebolehkesanan serta keselamatan rangkaian perkhidmatan sejuknya," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, menerusi aplikasi Internet Kebendaan (IoT) dan logistik Oracle Cloud SCM, pihaknya berada pada landasan terbaik untuk menyampaikan vaksin Covid-19 dengan cekap dan selamat di seluruh negara.

"Kami menyampaikan vaksin ke kemudahan kesihatan di Malaysia lebih 25 tahun dan memiliki rantaian infrastruktur sejuk yang kukuh namun kami perlu mengurangkan proses manual untuk mencapai monumental dalam pengedaran vaksin Covid-19," katanya.

Dengan menawarkan penyelesaian yang memperkasakan perancangan dan membuat keputusan masa nyata seperti Pengurusan Pengangkutan Oracle dan Aplikasi IoT Pintar, Oracle Cloud SCM membantu pelanggan mengenal pasti peluang baharu, memikirkan semula proses dan rancangan serta melaksanakan seluruh perniagaan.

Pelaksanaan Pengurusan Pengangkutan Oracle membolehkan Pharmaniaga mengautomasi perancangan logistik dan melaksanakan serta meningkatkan kecekapan, sementara Aplikasi IoT Pintar Oracle membantu memantau suhu kargo dan laluan kenderaan mengesahkan kualiti produk dan meningkatkan keselamatan.

Sementara itu, Naib Presiden Perisian sebagai Perkhidmatan Oracle Malaysia, Jasbir Singh berkata, permintaan yang belum pernah berlaku sebelum ini bagi vaksin Covid-19 akan menimbulkan kerumitan dalam rantaian sejuk tidak seperti yang pernah dilihat.

"Menyelaras proses logistik dan meningkatkan pengesanan penghantaran dengan Oracle Cloud SCM membolehkan Pharmaniaga menghadapi cabaran ini dan meningkatkan operasinya untuk menyokong pelan imunisasi 32 juta penduduk Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 7:20 AM