Digi tawarkan pas internet untuk calon SPM dan STPM.
Digi tawarkan pas internet untuk calon SPM dan STPM.
Bisnes HM


DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan pas Internet pantas, Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021.

Ia disediakan khas bagi pelajar yang lahir di antara tahun 2001 dan 2004, dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun ini.

Pas Internet pantas ini membolehkan pelajar mendapat pengalaman penyambungan Internet terbaik bagi persiapan mereka menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Ditawarkan untuk masa terhad dari 6 Januari hingga 30 April 2021, Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 menawarkan Internet pantas 15GB dengan tempoh sah 30 hari, pada harga mampu milik hanya RM20.

Dengan pas ini, talian prabayar mereka juga akan kekal aktif selama 30 hari tanpa perlu membuat isian semula.

Untuk pelanggan Digi, pas Internet pantas ini boleh didapati dengan mudah daripada aplikasi MyDigi atau dengan mendail *128# untuk mendapatkan akses serta-merta.

Bagi pelanggan baru, mereka boleh mendapatkannya dengan pembelian pek Digi Prepaid Next dari mana-mana kedai yang menjual pek Digi termasuk kedai serbaneka dan pasar raya terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021, layari http://digi.my/spm-stpm.

Digi sentiasa bekerjasama dengan kerajaan dalam menyokong inisiatif membantu isi rumah B40 serta pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Selain menawarkan pakej data khas mampu milik, Digi juga menyediakan inisiatif lain termasuk pembelajaran dalam talian secara percuma melalui Jom Tuisyen, perkhidmatan WiFi percuma di Projek Perumahan Awam terpilih (PPR), serta memanjangkan waktu operasi di beberapa Pusat Internet tertentu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 9:27 PM