MAXIS menawarkan promosi khusus untuk pekerja kesihatan di 86 hospital awam dan swasta di seluruh negara dengan akses percuma tiga bulan bagi pelan Hotlink Postpaid 60.
MAXIS menawarkan promosi khusus untuk pekerja kesihatan di 86 hospital awam dan swasta di seluruh negara dengan akses percuma tiga bulan bagi pelan Hotlink Postpaid 60.
Sri Ayu Kartika Amri


MAXIS menawarkan promosi khusus untuk pekerja kesihatan di 86 hospital awam dan swasta di seluruh negara dengan akses percuma tiga bulan bagi pelan Hotlink Postpaid 60.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, pihaknya menyedari dedikasi pekerja barisan hadapan yang mempertaruhkan kesihatan dan keselamatan mereka untuk terus mengatasi Covid-19.

"Oleh itu, pihak Maxis ingin menghargai usaha dan terus menyokong mereka dengan tawaran istimewa tiga bulan ini.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan hospital di seluruh negara untuk memudahkan penyebaran tawaran ini," katanya dalam kenyataan.

Maxis akan bekerjasama dengan hospital berkenaan yang akan menyebarkan pemberitahuan promosi ini.

Pengambilan langganan akan dilakukan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan terhad kepada 5,000 pek SIM.

Kakitangan hospital yang ingin menerima tawaran hanya perlu masuk ke Pusat Maxis untuk mendaftar dan mengambil pek SIM mereka.

Setiap kad SIM yang diaktifkan dilengkapi dengan data 10 gigabit (GB) bersama 10GB tambahan percuma untuk YouTube serta panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 7:05 AM