UMW Toyota Motor menawarkan pengurangan harga sehingga enam peratus berkuat kuasa 15 Jun ini.
UMW Toyota Motor menawarkan pengurangan harga sehingga enam peratus berkuat kuasa 15 Jun ini.
Lizam Ridzuan


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar model Toyota dan Lexus di Malaysia mengumumkan pengurangan harga sehingga enam peratus berkuat kuasa 15 Jun ini.

Langkah berkenaan adalah susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020 ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), minggu lalu.

Presiden UMWT, K Ravindran berkata, pengurangan harga yang ditawarkan syarikat itu menjadikan kenderaan Toyota lebih mampu milik.

"Pelanggan perlu mengambil peluang ini untuk menaik taraf atau membeli kereta baharu.

"Semua pengecualian daripada struktur cukai baharu menjadikan harga kenderaan keluaran Toyota lebih menarik.

"Perubahan harga berbeza antara barisan model CKD dan CBU," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, selain pengurangan harga, UMWT turut menawarkan rebat dan promosi bulanan.

Ia membabitkan penjimatan tambahan dari RM1,260 hingga RM6,800 bagi model Toyota.

Senarai harga atas jalan sebahagian model Toyota:

Vios

1.5J A/T - RM76,101 (Penjimatan tambahan RM6,800 untuk Jun 2020)

1.5E A/T - RM80,074 5,800 (Penjimatan tambahan RM5,800 untuk Jun 2020)

1.5G A/T - RM86,132 (Penjimatan tambahan RM5,800 untuk Jun 2020)

Yaris

1.5J A/T - RM69,576 (Penjimatan tambahan RM3,950 untuk Jun 2020)

1.5E A/T - RM75,479 (Penjimatan tambahan RM4,300 untuk Jun 2020)

1.5G A/T - RM82,475

(Penjimatan tambahan RM4,300 untuk Jun 2020)

Fortuner

2.4 AT 4x4 - RM62,178 (Penjimatan tambahan RM3,950 untuk Jun 2020)

2.4 VRZ AT 4x4 - RM184,431 Penjimatan tambahan RM4,600 untuk Jun 2020)

2.7 SRZ AT 4x4 - RM172,523 (Penjimatan tambahan RM4,600 untuk Jun 2020)

Vellfire

2.5 - RM367,881 (Penjimatan tambahan RM3,000 untuk Jun 2020)

Alphard

3.5 - RM446,609 (Penjimatan tambahan RM3,000 untuk Jun 2020)

C-HR

1.8L RM144,336 (tiada tawaran penjimatan Jun 2020)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2020 @ 4:36 PM