RAFIDAH (lima dari kiri) ketika pelancaran penerbangan AirAsia X  ke Okinawa, Jepun.
RAFIDAH (lima dari kiri) ketika pelancaran penerbangan AirAsia X ke Okinawa, Jepun.

Kuala Lumpur: AirAsia X kini menawarkan penerbangan ke Okinawa, Jepun dengan kekerapan empat kali seminggu.

Melalui tawaran penerbangan ini, penumpang dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha tidak perlu lagi mendapatkan visa bagi hentian satu jam di Taipei dan boleh kembali ke tempat duduk mereka selepas melepasi semakan sekuriti bagi bagasi serta barangan dalam pesawat.

Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, bagi meraikan kejayaan penerbangan sulung ke Okinawa ini, AirAsia menawarkan harga tambang termasuk semua bagi ahli dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha bermula dari RM399 sehala untuk tempat duduk biasa dan RM899 sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed.

“Tawaran ini sah bermula sekarang hingga 26 Januari ini bagi perjalanan segera hingga 23 Oktober depan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, dengan tambahan destinasi baharu Okinawa ini, AirAsia X kini terbang ke 35 destinasi.

“Okinawa kini boleh dihubungkan dengan lebih dari 150 destinasi di rantau Asean, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

“Jumlah pesawat AirAsia yang besar dan jaringan terluas dan kebolehan operasi secara optimum dengan kos rendah adalah sebab utama kami boleh menawarkan tambang nilai berbaloi bagi pelanggan kami.

“Dengan laluan baharu ini, kami mengalu-alukan lebih ramai pelancong untuk menyertai lebih dari 600 juta penumpang yang terbang bersama kami setakat ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 7:50 AM