MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke  (tengah) bersama  Riad (tiga dari kanan)  dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (empat dari kanan)  pada  majlis pengumuman tambang istimewa sempena Tahun Baharu Cina.
MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke (tengah) bersama Riad (tiga dari kanan) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (empat dari kanan) pada majlis pengumuman tambang istimewa sempena Tahun Baharu Cina.
Bisnes HM

AIRASIA Bhd (AirAsia) menambah penerbangan istimewa lewat malam dengan 12,960 tempat duduk pada tambang tetap rendah ke bandar terpilih di Sabah dan Sarawak sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Orang ramai kini boleh menempah penerbangan istimewa lewat malam pada tambang tetap rendah antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak dari 21 hingga 31 Januari ini.

Selain itu, syarikat penerbangan tambang murah itu turut menyediakan 65,826 tempat duduk tambahan untuk laluan popular di seluruh Malaysia dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, orang ramai boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Sibu, Bintulu dan Miri serta dari Johor Bahru ke Sibu dengan hanya RM149 bagi tambang termasuk semua sehala manakala dari Kuala Lumpur ke Sandakan dan Tawau pula hanya RM169 bagi tambang termasuk semua sehala.

“Pengumuman tambang tetap rendah ini adalah sebahagian daripada usaha Kemakmuran Bersama AirAsia yang diperjuangkan sejak dari awal lagi, selari dengan visi kerajaan.

“Sebagai syarikat penerbangan rakyat, kami menghargai maklum balas daripada tetamu untuk menetapkan tambang rendah ke dan dari Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina yang akan datang,” katanya pada majlis pengumuman tambang istimewa di sini, hari ini.

Selain penerbangan istimewa lewat malam pada tambang tetap rendah ke enam laluan di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga menambah penerbangan ke 20 laluan popular di seluruh Malaysia dan ke Singapura.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 6:00 AM