JAMES pada sidang media.
JAMES pada sidang media.
hmdigital

KUALA LUMPUR: Mondelez International menyaksikan pilihan snek yang menyokong saiz pengambilan kini menyumbang lebih 15 peratus pendapatan portfolio syarikat.

Pengarah Urusan, Malaysia dan Singapura, Mondelez International, James Kane berkata, pihaknya percaya bahawa pengguna tidak perlu memilih antara snek dan pemakanan yang betul atau bimbang mengenai kesan pilihan snek mereka terhadap alam sekitar dan masyarakat setempat.

“Kami membuat kemajuan besar pada tahun lalu melalui pengenalan format pembungkusan baru dan penawaran produk seperti biskut sarapan BelVita, beg pek Cadbury yang mengandungi 15g bar coklat Cadbury Dairy Milk dan Chipsmore Oats dalam pek yang senang dibawa.

“Kami juga akan terus menumpukan untuk melakukan apa yang betul untuk jangka masa panjang, selaras dengan tujuan kami dan terhadap pekerja kami setiap hari,” katanya.

Menurutnya, bagi menepati agenda Snacking Made Right, setiap snek yang disediakan dipek secara individu dan mengandungi kurang daripada 200 kalori bagi menepati kriteria nutrisi dan bahan yang disarankan.

Sebagai contoh, katanya, snek yang mempunyai pilihan saiz kawalan termasuklah Cadbury Dairy Milk Lickables 20g, Cadbury 5Star 15g, Mini Oreo pek beg 23g, Chips More! Pek beg 32g, Jacobs Crackers 30g, Oreo 3-keping pek 29.4g, Cadbury Dairy Milk Pek Kongsi 15g dan sekeping belVita 20g.

Menurutnya, agenda itu diperkenalkan sejak setahun lalu bagi memperkasakan orang ramai untuk mengambil snek secara betul.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 6:56 AM