RC Residences

HENDAK kumpul duit untuk beli kereta atau sebagainya bukan mudah. Jika tidak dibuat dengan betul-betul, memang sampai ke sudah duit tidak terkumpul dan akhirnya impian hanya jadi angan-angan.

Tapi tidak perlu bimbang kerana syarikat pemaju RC Residences, mampu membuatkan impian anda tercapai hanya dengan cara mudah.

Hanya dengan menyertai peraduan Glorius Raya Bonanza, RC Residences menawarkan hadiah hebat sehingga RM130,000.


Bagaimana caranya? Anda hanya perlu menempah unit rumah RC bermula sekarang hingga 22 Jun ini di Galeri Jualan RC Residences di Jalan 4/108A, Salak Selatan, Kuala Lumpur.

Harga bermula dari RM 358,800 bagi keluasan 800 kaki persegi dan tertakluk pada terma dan syarat.


Sebaik tempah, anda layak menyertai peraduan untuk menang dua hadiah utama iaitu Perodua Bezza bernilai sehingga RM70,000 atau dua hadiah pertama iaitu baucer percutian berjumlah RM12,000.


Bukan itu saja, ada 16 hadiah kedua berupa baucer membeli-belah berjumlah RM48,000. Mana tahu ia mungkin salah satu daripada hadiah ditawarkan menjadi milik anda.


Terdapat juga aktiviti menarik seperti jamuan ringan, cabutan bertuah, persembahan kugiran, bengkel kanak-kanak dan acara Wonderland.


RC Residences dibina dengan segala kemudahan menarik seperti kolam ‘infinity pool’ yang mana ia seolah-olah sebuah kediaman mewah, selain gimnasium, dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak.


Bagi rumah berkeluasan 800 kaki persegi, terdapat dua bilik tidur dan dua bilik air manakala rumah berkeluasan 1,062 kaki persegi, tiga bilik dan tiga bilik air.

Ia menawarkan dua variasi kepada penghuni bujang atau sudah berkahwin. Kediaman Type A (800 kaki persegi) sesuai untuk profesional yang sudah berkahwin manakala Type D (1,062 kaki persegi), untuk keluarga.


Setiap unit RC Residences disediakan tempat letak kereta dan juga pilihan membeli pakej rumah separa lengkap. Pakej ini merangkumi perabot, peralatan elektrik dan sebagainya.

Dari segi keselamatan, penghuni tidak perlu risau kerana ia dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) malah kos penyelenggaraan hanya dikenakan sebanyak 0.13 sen bagi setiap kaki persegi.


Lokasinya pula strategik kerana bertentangan dengan Bandar Malaysia yang bakal dibangunkan tidak lama lagi serta berhampiran dengan tempat utama di ibu kota. Hanya 4.2 kilometer ke Sunway Velocity, 4.4 kilometer ke IKEA Cheras dan Mytown, 7 kilometer ke KLCC dan 6.7 kilometer ke Mid Valley.

Terdapat juga akses komuter, Transit Aliran Ringan (LRT), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan PLUS.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi galeri jualan RC Residences hari ini atau hubungi 012-5616862 atau 012-569 6862. Orang ramai juga boleh kunjung Facebook RC Residences.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 10:24 AM