PROJEK Iringan Bayu dibangunkan dengan konsep kejiranan hijau dan bandar selamat.
PROJEK Iringan Bayu dibangunkan dengan konsep kejiranan hijau dan bandar selamat.
Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: OSK Property Holdings Berhad (OSK Property) menyediakan kediaman memenuhi keperluan komuniti serta gaya hidup masa kini.

Terbaharu, OSK Property memperkenalkan beberapa projek di kawasan strategik iaitu Ryan & Miho di Petaling Jaya Seksyen 13, Iringan Bayu di Seremban, Windmill Upon Hills Genting Permai dan TimurBay Seafront Residence di Kuantan.

Semua projek yang dilancarkan ini dijual pada harga berpatutan walaupun di lokasi strategik.

OSK Property berkata, pihaknya menerima sambutan positif bagi semua projek sejak dilancarkan.

“OSK Property menawarkan projek baharu di kawasan strategik serta lokasi matang dilengkapi pelbagai kemudahan.

“Bagi projek Ryan & Miho yang mempunyai sehingga 1,084 rumah turut dilengkapi fasiliti podium 0.89 hektar di tengah-tengah kejiranan Seksyen 13, Petaling Jaya dengan jambatan penghubung ke Jaya One.

“Ryan & Miho mempunyai dua menara 30 tingkat dilengkapi kemudahan termasuk akses di tiga lebuh raya utama dan berdekatan dengan enam hospital, enam hub komersial, sembilan pusat membeli-belah dan lebih 12 universiti dan sekolah antarabangsa dalam radius lima kilometer,” katanya.

Sementara itu, Iringan Bayu adalah perbandaran seluas 311.61 hektar serta landskap taman serba hijau, Verdant Central Park seluas 8.9 hektar dan menawarkan 761 rumah.

Iringan Bayu dibangunkan dengan konsep kejiranan hijau dan bandar selamat.

Projek lain tahun ini termasuk You City III di Cheras dengan pembangunan berorientasikan pengangkutan transit (TOD).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 8:50 AM