Pengurus Besar Pengiklanan The News Straits Times Malaysia Berhad (NSTP), Roche Chew (limakiri) bersama Pengurus Projek MyRumah, Mohd Haslan Abd Abbas (empat kiri) dan Ketua Pegiklanan Wilayah NSTP, S Linggaraj (lima kanan) beramah mesra bersama wakil-wakil pempamer selepas sesi sidang media Pameran Hartanah MyRumah 2019 di Balai Berita NSTP, Jalan Riong. FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
Pengurus Besar Pengiklanan The News Straits Times Malaysia Berhad (NSTP), Roche Chew (limakiri) bersama Pengurus Projek MyRumah, Mohd Haslan Abd Abbas (empat kiri) dan Ketua Pegiklanan Wilayah NSTP, S Linggaraj (lima kanan) beramah mesra bersama wakil-wakil pempamer selepas sesi sidang media Pameran Hartanah MyRumah 2019 di Balai Berita NSTP, Jalan Riong. FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
Sofyan Rizal Ishak


PAMERAN Hartanah MyRumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menawarkan hadiah utama berupa Nissan Almera kepada individu yang membeli rumah di acara itu bagi sepanjang tahun ini.

Untuk melayakkan diri, orang ramai perlu membeli rumah di program MyRumah dan memperoleh kelulusan bagi pinjaman perumahan masing-masing.

Mereka kemudiannya berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Perdana yang akan diadakan sepanjang tahun bagi memenangi kereta terbabit.

Siri pertama acara ini akan berlangsung pada 7 Mac hingga 10 Mac ini bertempat di Pusat Beli-Belah MyTown Cheras dan ia mula dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pengurus Besar Pengiklanan NSTP, Roche Chew berkata, MyRumah adalah ekspo hartanah yang direka khas untuk rakyat Malaysia dan menawarkan konsep 4P iaitu pendidikan, pameran, persekitaran dan pengalaman.

“Untuk siri pertama, ia bakal menawarkan kira-kira 2,000 unit hartanah kediaman pelbagai jenis dengan harga serendah RM300,000 hingga RM1.4 juta daripada lima pemaju hartanah utama negara.

“Kami akan menampilkan lima pemaju hartanah terbesar Malaysia dengan projek pembangunan perumahan sekitar Lembah Klang dan dalam masa sama, menawarkan pelbagai siri ceramah oleh nama-nama besar dalam industri hartanah tempatan secara percuma,” katanya pada sidang media MyRumah 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Lima pemaju hartanah yang bakal mengambil bahagian bagi siri pertama itu adalah CK East Development, Gamuda Land, LBS Bina Group Berhad, Sime Darby Property Berhad serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)/Jabatan Perumahan Negara (JPN).

Beliau berkata, antara projek terkenal yang bakal ditawarkan adalah Rencana Royale@TTDI; Anjung Melati Dua@Gombak; Elmina Green 1, City of Elmina; Anggerik , Nilai Impian; Castilla, Chemara Hill serta Nara dan Gaia Residences, Gamuda Gardens.

“Acara ini bakal mempamerkan pelbagai projek perumahan baru dan siap daripada pemaju terkemuka. Ini adalah masa terbaik untuk menikmati pelbagai promosi istimewa, rebat serta diskaun yang diberikan pihak pemaju,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti MyRumah 2019 di laman sosial Facebook iaitu www.facebook.com/MyRumahMPB atau emel ke [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 6:33 PM