EZUMI   (kiri) mengiringi   Ahmad Asri ketika meninjau bilik pameran PAM  di ibu pejabat PAM,  Bangsar.
EZUMI (kiri) mengiringi Ahmad Asri ketika meninjau bilik pameran PAM di ibu pejabat PAM, Bangsar.
Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Langkah menjadikan Sistem Bangunan Industri (IBS) sebagai syarat mandatori kepada semua pemaju hartanah swasta menjelang 2020 tepat pada masanya dengan tempoh peralihan yang wajar.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan tempoh tiga tahun kepada pemaju swasta untuk mempersiap dan memperkemaskan kembali operasi syarikat supaya mengguna pakai sistem IBS.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, dengan tempoh yang diberikan, pihaknya berharap sektor swasta bersedia sepenuhnya memandangkan IBS mampu menjadi pemacu sektor pembinaan.

“Setakat ini, kita boleh lihat banyak syarikat
mula beralih kepada penggunaan IBS dalam setiap projek yang dijalankan dan jumlah ini semakin bertambah dari tahun ke tahun.

“Banyak juga pemaju mula menyedari kepentingan IBS dan kami berharap apabila tiba masanya ia dijadikan mandatori, mereka sudah bersedia sepenuhnya,” katanya pada majlis pelancaran Kontrak Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) bagi tahun 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden PAM, Ezumi Harzani Ismail dan Jawatankuasa Kontrak PAM, Steven Thang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 April 2018 @ 8:57 AM