ABDUL Karim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Lim Swee Keat pada pelancaran Hari Beras 2017.
ABDUL Karim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Lim Swee Keat pada pelancaran Hari Beras 2017.
Sofyan Rizal Ishak


Petaling Jaya: Jasmine Food Corporation Sdn Bhd (Jasmine Food) melancarkan Hari Beras 2017 bagi meraikan beras sebagai makanan ruji rakyat negara ini dan mengikis tanggapan nasi penyebab masalah kesihatan.

Pengerusinya Abdul Karim Md Lassim berkata, penganjuran itu penting bagi membantu orang ramai mempelajari perkara mengenai beras iaitu makanan utama rakyat dalam usaha menjadi negara sihat.

“Kami bercadang menganjurkan acara ini secara tahunan pada masa depan bagi memberi lebih kefahaman mengenai kebaikan memakan nasi dan menghapuskan persepsi salah mengenai beras,” katanya pada pelancaran Hari Beras 2017, di sini, semalam.

Acara julung kali itu diadakan Jasmine Food dengan kerjasama jenama perkakasan dapur Tefal berlangsung hingga 15 Oktober di pusat beli-belah 1 Utama, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 8:22 AM