RISDA

Perusahaan Getah (RISDA) memperkenalkan Program Usahawan Siswazah bagi melahirkan usahawan generasi muda.

Menerusi program ini, usahawan siswazah yang berminat menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan perkhidmatan, pembuatan, pertanian dan makanan layak menerima bantuan maksima berjumlah RM20,000 dalam bentuk peralatan, mesin dan mata benda.

Sekali gus, program ini membantu graduan memiliki pekerjaan tanpa menunggu kerja makan gaji dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil kepada RM4,000 sebulan sekeluarga.

Sehingga kini, RISDA telah melahirkan seramai 63 orang usahawan siswazah yang merangkumi pelbagai bidang perniagaan.

Graduan Diploma Pengurusuan Landskap, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Azri Khairi Juaher, 26, antara usahawan yang terlibat dalam program ini.

Azri yang menjalankan ternakan ayam kampung memperoleh pendapatan bulanan purata RM 4,000 sebulan.

Selain itu, graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Siti Ertina Asli, 37, menjalankan perniagaan projek ternakan lembu.

Siti Ertina yang berasal dari Kangar, Perlis, memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 3,000 sebulan.

Seiring dengan matlamat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk 'membandarkan luar bandar’, RISDA mensasarkan lebih ramai graduan terlibat dalam program ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 2:21 AM