SEBAHAGIAN aktiviti ERTPR.
SEBAHAGIAN aktiviti ERTPR.
Fazurawati Che Lah

Eat Right to Play Right (ERTPR) anjuran Zurich Malaysia dan One Goal Malaysia (OGM) terus komited menjalinkan perkongsian lebih meluas dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendidik kanak-kanak berkenaan pemakanan berkhasiat serta aktiviti bersukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurans Malaysia Berhad, Philip Smith berkata, program tahunan itu bagi mendidik mereka berkenaan kepentingan pemakanan sihat.

Selain FAM, ERTPR turut mendapat kerjasama daripada Malaysia Connecting Communities (MCC) dan rangkaian pasar raya terkemuka Mydin Malaysia.

HAMIDIN (tiga dari kiri) bersama Philip Smith (dua dari kiri) merasmikan Eat Right to Play Right di Wisma FAM.
HAMIDIN (tiga dari kiri) bersama Philip Smith (dua dari kiri) merasmikan Eat Right to Play Right di Wisma FAM.

“Program ERTPR memperoleh geran sebanyak RM13 juta daripada Yayasan Z Zurich, sekali gus membantu programnya terus diperluaskan hingga 2021.

“Antara program yang bakal dijalankan ialah kejohanan bola sepak negeri, perkongsian liga belia dengan MCC serta perkongsian pasar raya dengan Mydin Malaysia melalui pameran bergerak,” katanya pada majlis pelancaran ERTPR, baru-baru ini.

AKTIVITI sukan lain turut ada pada program ERTPR.
AKTIVITI sukan lain turut ada pada program ERTPR.

Hadir sama, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Pengarah Program Yayasan Z Zurich, Mark Heasman.

Jurucakap OGM, Terry Leong berkata, pembabitan kanak-kanak dalam aktiviti bola sepak sejak program ERTPR memperlihatkan peningkatan positif terutama aspek pemakanan.

“Penilaian menunjukkan 48.1 peratus kanak-kanak memahami aspek pemakanan dan gaya hidup sihat selepas menyertai program ERTPR,” katanya.

SALAH satu aktiviti pemakanan sihat dengan bola sepak.
SALAH satu aktiviti pemakanan sihat dengan bola sepak.

Katanya, program ERTPR melatih kira-kira 240 pelatih komuniti dan lebih daripada 3,000 kanak-kanak di Kedah, Perlis, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak menyertai program itu.

Dikatakan menjelang akhir 2021, lebih daripada 5,000 kanak-kanak di 260 komuniti dijangka mendapat manfaat daripada program ERTPR.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober 2018 @ 2:29 PM