Bastianini takluk GP Perancis. -FOTO AFP
Bastianini takluk GP Perancis. -FOTO AFP
Agensi

Le Mans: Enea Bastianini merangkul kemenangan ketiganya dalam saingan MotoGP selepas tujuh perlumbaan musim ini di Grand Prix Perancis.

Pelumba Itali itu yang menunggang Gresini Ducati mendahului 2.718s di hadapan pelumba Australia Jack Miller.

Bastianini memintas rakan senegaranya, Francesco Bagnaia di pusingan terakhir apabila pelumba Ducati itu melakukan kesilapan.

Lebih memburukkan lagi keadaan Bagnaia, pelumba Ducati itu terbabas beberapa selekoh kemudian.

Selepas naik dari tempat kelima grid, Bastianini memintas Bagnaia sebelum memberi tekanan kepada rakan senegaranya dari Itali itu.

"Saya sangat gembira dengan perlumbaan ini kerana kemenangan ini di luar jangkaan.

"Apabila saya melihat Pecco (Bagnaia) sangat dekat, saya faham 'okay sekarang anda perlu berada di belakang', dan saya cuba memintasnya di selekoh kedua untuk membuat dia sedikit gementar dan pada akhirnya meninggalkan dia jauh dan saya memenangi perlumbaan ini," kata Bastianini.

"Semasa perlumbaan saya lihat prestasi saya sangat bagus."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 1:16 PM