Marc Marquez. FOTO EPA
Marc Marquez. FOTO EPA
AFP

Paris: Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez akan menyertai ujian pra musim minggu depan dekat Sepang selepas pulih daripada masalah penglihatan, umum pasukan Honda hari ini.

Pelumba berusia 28 tahun dari Sepanyol itu mengalami masalah itu sejak kemalangan ketika menjalani latihan pada hujung Oktober lalu.

Dia terlepas dua pusingan perlumbaan terakhir musim dan sesi ujian di Jerez pada Disember lalu.

Dia diberikan lampu hijau untuk ujian di Malaysia pada 5-6 Februari selepas menunggang buat pertama kali di litar motosikal lasak kemudian di Sirkit MotoGP dekat Portimao dan Aragon.

Pemeriksaan perubatan minggu lalu mengesahkan rawatan yang dilakukannya memperoleh kejayaan dengan Marquez kini berada dalam keadaan baik untuk menunggang jentera MotoGP.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 8:33 PM