HAMILTON (kiri) akui perlu berhati-hati dalam perlumbaan GP Arab Saudi. FOTO EPA
HAMILTON (kiri) akui perlu berhati-hati dalam perlumbaan GP Arab Saudi. FOTO EPA
AFP

Jeddah: Lewis Hamilton akan cuba menghidupkan peluangnya meraih gelaran kelapan Formula Satu (F1) pada saingan sulung Grand Prix (GP) Arab Saudi hujung minggu ini sambil dibantu enjin yang menolongnya meraih gelaran di Brazil.

Selepas kemenangan berturut-turut di Sao Paulo dan Qatar, juara bertahan dari Mercedes itu mahu melengkapkan hatrik atau melihat kegagalan pendahulu kejuaraan, Max Verstappen di Litar Jeddah Corniche.

Jika dia berjaya dan mengurangkan kelebihan pemandu Red Bull itu daripada lapan mata kepada satu atau kosong pada perlumbaan Ahad ini, gelaran akan ditentukan pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi 12 Disember ini.

Namun Hamilton tahu cabarannya akan menjadi sengit dan dia tidak boleh mengambil risiko.

Verstappen akan menang gelaran Ahad ini jika dia muncul juara dan Hamilton menamatkan kedudukan di luar kelompok enam teratas.

"Anda hanya perlu berhati-hati, lebih waspada berbanding sebelum ini. Anda perlu bersedia melakukan apa sahaja untuk mengelak pelanggaran, walaupun terpaksa meninggalkan trek.

"Lagipun anda mahu menamatkan perlumbaan. Jika anda terlalu degil dan mempertahankan posisi anda, anda akan kemalangan," katanya kepada Auto Motor Und Sport.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 3:09 PM