JENTERA Suzuki Swift yang dipandu Leona, Akina, Nasri Said dan Yik Choon mengungguli saingan perlumbaan Sepang 1,000km. FOTO SIC
JENTERA Suzuki Swift yang dipandu Leona, Akina, Nasri Said dan Yik Choon mengungguli saingan perlumbaan Sepang 1,000km. FOTO SIC
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pasukan persendirian berjaya menakluki perlumbaan Sepang 1,000 kilometer (km) yang berlangsung Sabtu lalu di Litar Antarabangsa Sepang.

Jentera Suzuki Swift berwarna hijau yang dipandu bintang Leona Chin, Akina Teo, Mohd Nasri Said dan Tham Yik Choon itu meraih tempat pertama tatkala pasukan Wing Hin Motorsport yang menggunakan Toyota Yaris bernombor 39 terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

"Terima kasih kepada rakan penaja dan pasukan untuk perlumbaan kali ini. Kami gembira kerana memenangi perlumbaan penuh dramatik ini. Banyak cabaran daripadanya dan pastinya kami akan menghargainya," kata Leona selepas tamat perlumbaan.

Sementara itu, Hayden Haikal dan Timothy Teo didapati gagal mematuhi peraturan perlumbaan berkaitan had masa memandu.

Tempat kedua dimenangi pasukan Tedco Racing yang menggunakan jentera Honda Jazz bernombor 15 yang dipandu oleh Aaron Lim, Nick Mah, Yee Yok dan Foo Yung. Bagi kategori S Production pula, jentera Honda Jazz bernombor 339 dari Team R Engineering yang dipandu Lai Wee Seng dan Calvin Wong memenangi kategori itu dengan kelebihan satu pusingan berbanding rakan sepasukan mereka iaitu bintang Go Kart, Putera Adam Halim dan Chiow Teck Song.

Tempat ketiga dalam saingan itu dimenangi pasukan persendirian yang juga memandu Honda Jazz bernombor 46.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 November 2021 @ 9:41 PM