LEWIS Hamilton. FOTO EPA
LEWIS Hamilton. FOTO EPA
Agensi

London: Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berkata, dia 'lebih cergas berbanding sebelumnya' dalam usahanya untuk memburu kejuaraan dunia kali kelapan.

Hamilton kini hanya ketinggalan lapan mata di belakang seteru utama, Max Verstappen selepas memenangi Grand Prix (GP) Qatar.

Dengan Hamilton memenangi dua perlumbaan terakhir, momentum kini memihak kepadanya serta jentera Mercedes pada GP Arab Saudi selepas ini.

Selepas positif Covid-19 pada hujung tahun lalu, Hamilton mengakui kini berada di tahap terbaik.

"Saya sangat gembira dengan prestasi jentera. Saya rasa cergas berbanding sebelumnya dan ia memberikan aura positif.

"Terima kasih kepada Angela Cullen (pembantu Hamilton). Dia membantu saya berada dalam keadaan terbaik. Sesi pemulihan juga berjalan dengan baik," katanya.

Hamilton mengakui di awal musim dia tidak berasa sihat susulan kesan dijangkiti Covid-19.

"Saya berasa sangat positif untuk baki dua pusingan perlumbaan lagi. Saya amat menantikan persaingan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 November 2021 @ 9:49 AM