VERSTAPPEN kuasai sesi latihan di GP Mexico. FOTO AFP
VERSTAPPEN kuasai sesi latihan di GP Mexico. FOTO AFP
AFP

Mexico City: Max Verstappen menguasai sesi latihan di Grand Prix Mexico apabila menamatkan sesi berkenaan setengah saat lebih pantas mengatasi juara dunia dan pesaing kejuaraan, Lewis Hamilton.

Pelumba Red Bull dari Belanda itu itu kini 12 mata mengatasi Hamilton dalam kejuaraan musim ini dengan saingan masih berbaki lima perlumbaan mencatatkan 1 minit 17.301s.

Ia lebih pantas 0.424s berbanding Valtteri Bottas dan 0.509s pantas dari Hamilton yang memandu jentera Mercedes.

Pemandu Red Bull, Sergio Perez yang berlumba di hadapan penyokong sendiri di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, mencatat pusingan keempat terpantas dengan 0.570 saat di belakang rakan sepasukannya.

"Ia sesi yang mantap buat kami. Kedua-dua pemandu mula mendapat pelarasan yang mereka suka.

"Saya rasa Mercedes tidak menunjukkan potensi sebenar mereka, tetapi kami gembira di atas persembahan kami sendiri," kata bos Red Bull, Christian Horner.

"Kami sudah berusaha, tetapi mereka lebih pantas berbanding kami ketika ini," kata Hamilton.

Sementara itu pemandu Ferrari Carlos Sainz, 1.017 saat di belakang Verstappan yang juga pemenang dua kali GP Mexico, untuk melengkapkan kedudukan lima teratas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 11:12 AM