BINDER berjaya muncul juara GP Austria. FOTO EPA
BINDER berjaya muncul juara GP Austria. FOTO EPA

Spielberg bei Knittelfeld: Pelumba KTM, Brad Binder memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Austria selepas memperjudikan nasibnya dengan tidak menukar tayar apabila hujan lebat pada pusingan terakhir.

Tidak seperti pencabarnya yang lain apabila masuk ke pit menukar tayar, Binder memilih untuk kekal dengan tayar slick dan mengawal jenteranya dengan cemerlang bagi meraih kejuaraan di pusingan ke-11 musim ini.

Pelumba Itali, Francesco Bagnaia (Ducati) menduduki tempat kedua, manakala Jorge Martin dari Ducati Pramac di tempat ketiga.

Sementara itu, Raul Fernandez muncul juara Moto2, bagi merapatkan jurang dengan rakan sepasukan, Remy Gardner untuk kedudukan keseluruhan.

Dia berjaya mengetepikan Ai Ogura di tempat kedua, manakala Augusto Fernandez menduduki tempat ketiga.

Pelumba remaja Sepanyol, Sergio Garcia muncul juara Moto3, bagi merapatkan kedudukan dengan pendahulu keseluruhan, Pedro Acosta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 10:14 PM