VERSTAPPEN menjulang trofi kemenangan. FOTO AFP
VERSTAPPEN menjulang trofi kemenangan. FOTO AFP
AFP

Spielberg: Pemandu Red Bull, Max Verstappen melakar kemenangan kali ketiga berturut-turut dari petak pertama selepas memenangi Grand Prix Austria sekali gus melebarkan kedudukan pendahulu berbanding Lewis Hamilton yang sekadar meraih penamat keempat.

Rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, Valtteri Bottas meraih podium kedua manakala pemandu McLaren, Lando Norris ketiga.

Perlumbaan hari ini berlangsung dengan kehadiran 100,000 penonton selepas pasca pandemik Covid-19.

"Sangat luar biasa. Kereta sangat baik," kata pemandu berusia 21 tahun itu yang sedang berusaha menafikan hasrat Hamilton untuk meraih kejuaraan dunia kali kelapan.

"Pasukan melakukan tugas dengan cemerlang. Tempoh dua minggu di sini sangat menakjubkan."

Verstappen kini mendahului kejuaraan pemandu dengan 182 mata, 32 mata mengatasi Hamilton menjelang pusingan seterusnya di Grand Prix British dekat Silverstone, 18 Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 11:13 PM