WALKER legenda dalam ulasan perlumbaan F1 dalam kalangan peminat sukan berkenaan di UK. FOTO Agensi
WALKER legenda dalam ulasan perlumbaan F1 dalam kalangan peminat sukan berkenaan di UK. FOTO Agensi
AFP

London: Murray Walker, iaitu pengulas sukan Britain yang dikenali sebagai 'suara Formula Satu (F1)' meninggal dunia di usia 97 tahun.

Walker, menjadi ikon F1 selepas lebih 30 tahun menjadi pengulas perlumbaan berkenaan di BBC dan ITV.

Dikenali dengan suara yang penuh bersemangat ketika mengulas, Walker mula membuat ulasan perlumbaan di Grand Prix (GP) pada 1949 bersama radio BBC di Litar Silverstone.

Walker menjadi pengulas F1 sepenuh masa bermula pada 1978 dan menggantung mikrofon pada 2001 selepas 52 tahun terbabit dalam karier penyiaran.

WALKER (kanan) ketika mengulas perlumbaan pada 1997. FOTO Agensi
WALKER (kanan) ketika mengulas perlumbaan pada 1997. FOTO Agensi

"Sangat sedih mendengar berita mengenai pemergian Murray. Saya masih ingat lagi membesar dengan suaranya ketika ada perlumbaan.

"Anda membuatkan sukan ini menjadi lebih menarik dan menawan. Anda adalah suara ikonik sukan ini dan seorang yang hebat, terima kasih di atas segala-galanya, anda tidak akan dilupakan," kata juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton.

Bermula dari kejayaan James Hunt pada 1976 ketika mengatasi Niki Lauda dalam perlumbaan basah di Fuji sehinggalah kepada permusuhan Ayrton Senna bersama Alain Prots dan kejayaan Nigel Mansell pada 1992, suara Walker sangat sinonim di United Kingdom (UK) berkenaan dengan perlumbaan F1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 2:44 PM