SI Woo mendahului Kejohanan St Jude selepas pusingan pertama. FOTO AP
SI Woo mendahului Kejohanan St Jude selepas pusingan pertama. FOTO AP
AFP

Washington: Pemain golf Korea Selatan, Kim Si Woo membenam eagle pada lubang ke-18 untuk membantunya mendahului pusingan pertama bersama JJ Spaun di Kejohanan St Jude.

Si Woo dan Spaun kedua-duanya mencatatkan lapan di bawah par 62 untuk dalam saingan salah satu daripada tiga playoff Piala FeEx itu, termasuk Tour Championship yang menawarkan hadiah wang tunia AS$18 juta (RM79 juta).

"Ia adalah pukulan yang sempurna," kata Si Woo mengenai eagle yang dilakukan di lubang 18 dengan pada mulanya dia hanya mahu mendekatkan bola tiga meter dari lubang

Dia sebelum itu memulakan aksi cemerlang dengan mencatat birdie di lubang kedua dan ketiga, sebelum diganggu dengan bogey pada lubang keempat.

Selepas berasa kurang selesa di green, dia menukar cengkaman put dan berjaya menghasilkan birdie dari jarak enam meter sebelum melakukan empat lagi birdie secara berturut-turut di lubang ke-13 hingga ke-16.

Spaun juga turut membenam empat birdie secara berturut-turut, dari lubang kesembilan hingga ke-12.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2022 @ 11:47 AM