BERNAL juara TdF 2019 dan juara Giro d'Italia  tahun lalu.
BERNAL juara TdF 2019 dan juara Giro d'Italia tahun lalu.
AFP

Bogota: Bekas juara Tour de France (TdF), Egan Bernal dilaporkan dalam keadaan sedar dan stabil di hospital selepas terbabit nahas dengan bas di Colombia, menurut kenyataan pasukannya, Ineos Grenadiers hari ini.

Foto di media sosial menunjukkan juara Giro d'Italia berusia 25 tahun itu terbaring sambil dikelilingi rakan sepasukan manakala bahagian belakang bas yang kemek jelas kelihatan.

"Bernal dikejarkan ke hospital oleh petugas perubatan pasukan dan sedar ketika dibawa ke sana. Dia dalam keadaan stabil dan akan menjalani rawatan lanjut,'' kata Ineos.

Juara TdF 2019 itu mengalami kecederaan agak serius dan mendapatkan rawatan di klinik. Menurut polis pelumba itu merempuh belakang bas yang berhenti untuk mengambil penumpang.

Kemalangan berlaku di bandar Gachancipa, sekitar 30 kilometer dari Bogota.

Bernal mencipta kejutan apabila menewaskan rakan sepasukan Geraint Thomas untuk muncul juara TdF 2019 dan baru-baru ini dia melanjutkan kontrak dengan Ineos Grenadiers sehingga 2026.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 11:22 AM