NAOMI melambai tangan kepada penyokongnya. FOTO Reuters
NAOMI melambai tangan kepada penyokongnya. FOTO Reuters
AFP

Melbourne: Naomi Osaka berkata dia bukan Tuhan dan sentiasa mampu meraih kemenangan selepas juara bertahan itu tersingkir di pusingan ketiga Terbuka Australia selepas tewas kepada pemain bukan pilihan, Amanda Anisimova.

Sensasi Jepun yang memenangi empat gelaran Grand Slam itu memenangi set pertama di Margaret Court Arena namun gagal bangkit selepas itu sebelum tewas 4-6, 6-3, 7-6 (10/5).

Naomi kembali ke pentas Grand Slam selepas berehat panjang berikutan tersingkir pada pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat, September tahun lalu, musim yang menyaksikannya mengalami kemurungan.

"Saya berusaha keras untuk setiap mata. Saya tidak perlu berasa sedih dengan kekalahan ini.

"Anda pun tahu, saya bukan Tuhan. Saya tidak mampu memenangi setiap perlawanan.

"Saya perlu mengambil kira perkara itu dan sedar bahawa adalah sangat menarik jika dapat memenangi setiap kejohanan.

"Tetapi saya juga tidak boleh sentiasa meletakkan sasaran untuk memenangi Grand Slam pada setiap awal tahun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 11:00 PM