Jim Furyk (kiri) dan Bernhard Langer bersama trofi masing-masing. FOTO Bret Lasky/PGA TOUR
Jim Furyk (kiri) dan Bernhard Langer bersama trofi masing-masing. FOTO Bret Lasky/PGA TOUR
Reuters

Florida: Bernhard Langer dinamakan Pemain Terbaik Jelajah Kejuaraan sekali gus memenangi Anugerah Jack Nicklaus 2020-21.

Jaguh golf berusia 64 tahun dari Jerman itu mencatat penamat dalam kedudukan 10 teratas sebanyak 24 kali, termasuk dua kemenangan, ketika memenangi Piala Charles Schwab untuk kali keenam dan mendahului pemenang wang tunai AS$3.25 juta (RM13.6 juta) antara terbanyak dalam jelajah buat kali kelapan.

Langer menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan berkenaan pada satu Majlis Makan Malam di Hawai.

"Saya berasa rendah diri dan terkejut kerana jelajah ini sangat kompetitif malah terdapat ramai calon yang layak," kata Langer.

"Untuk memperoleh anugerah ini menerusi undian oleh rakan-rakan sangat besar maknanya.

"Sejak dua tahun lalu ia begitu mencabar buat kita semua tetapi kejayaan melakar kemenangan pada permulaan 2020 dengan menjulang Piala Charles Schwab dan berpeluang untuk memenangi trofi itu sekali lagi adalah cukup bermakna."

Ia adalah kemenangan kesembilan bagi Anugerah Jack Nicklaus buat Langer, yang turut mencatat sejarah dalam jelajah.

Jim Furyk pula dinamakan pemenang Anugerah Rookie Tahunan Jelajah Senior dan membawa pulang Anugerah Byron Nelson selepas mencatat 68.84 mata pada setiap aksi secara keseluruhan dalam sirkit itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 10:45 AM