BRUNO (kiri) ketika menentang Tyson ketika zaman kegemilangannya. FOTO Agensi
BRUNO (kiri) ketika menentang Tyson ketika zaman kegemilangannya. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Legenda tinju Frank Bruno menggunakan media sosial bagi meyakinkan orang ramai dia masih hidup.

Bekas juara dunia heavyweight berusia 60 tahun itu berkata dia terkejut dengan dakwaan media dalam talian yang melaporkan kematiannya.

Berita palsu itu menyebabkan Bruno dihujani panggilan telefon bertalu-talu oleh peminat yang dijadualkan menemui legenda itu dalam satu acara di Sheffield pada Sabtu ini.

Bruno meredakan kerisauan mereka dengan mengumumkan di media sosial mengenai dirinya yang dalam keadaan baik.

Dalam Twitter semalam, dia berkata: "Selamat pagi, saya terkejut dengan berita yang melaporkan kematian saya!"

"Tenang semua. Saya masih hidup dan sihat. Saya akan menulis dalam kad Krismas dan terus bekerja. Tak sabar berjumpa dengan peminat saya di Sheffield."

Bruno memberitahu The Sun bulan lalu dia akan meraikan hari jadinya ke-60 selain mendedahkan pandangannya yang menganggap Tyson Fury sebagai bintang sukan paling berinspirasi di planet ini.

Dia berpendapat Gypsy King kini menjejak langkahnya sama ada di dalam mahu pun di luar gelanggang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 12:17 PM