KAPTEN Rusia Shamil Tarpishchev (kiri) bersama rakan sepasukan menjulang trofi Piala Davis di Madrid.
KAPTEN Rusia Shamil Tarpishchev (kiri) bersama rakan sepasukan menjulang trofi Piala Davis di Madrid.
AFP

Madrid: Rusia merangkul gelaran Piala Davis awal pagi tadi selepas Daniil Medvedev dan Andrey Rublev memenangi acara perseorangan masing-masing ketika menentang Croatia.

Kemenangan Medvedev 7-6 (9/7), 6-2 ke atas Marin Cilic hadir selepas Rublev menewaskan Borna Gojo 6-4, 7-6 (7/5) dalam perlawanan bagi membolehkan Rusia mendahului dan menang 2-0 di Madrid.

Croatia berpeluang menentukan kemenangan dalam acara beregu menerusi gandingan nombor satu dunia, Nikola Mektic dan Mate Pavic tetapi perlu mencipta kejutan dalam perseorangan.

Namun sebaliknya, Medvedev and Rublev yang menduduki ranking kedua dan kelima dunia membuktikan status mereka dengan memastikan kejuaraan milik Rusia.

"Ia kemenangan penting kepada kami di sini. Ia masih Piala Davis," kata Medvedev ketika sidang akhbar.

"Kami masih melihat Novak (Djokovic) beraksi. Rafa (Nadal) pula menang sebelum ini. Tak kira lah apa formatnya, pemain terbaik dunia gembira dapat mewakili negara mereka dan kami pemenang di sini. Itu paling penting."

Rusia tidak menang Piala Davis sejak 2006 dan gagal mara ke suku akhir antara 2011 and 2018 tetapi Medvedev dan Rublev mengetuai generasi baharu yang mampu mengulangi kejayaan pada masa depan dengan Aslan Karatsev serta Karen Khachanov turut menduduki kelompok 30 teratas.

Kejayaan pasukan lelaki mereka melengkapkan kemenangan Rusia selepas skuad wanita negara itu menjuarai Piala Billie Jean King di Prague bulan. Kali terakhir gelaran berganda dimenangi Republik Czech pada 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 11:41 AM