BONNIE (tengah) meraih emas di Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia. FOTO Ihsan Facebook Team Malaysia
BONNIE (tengah) meraih emas di Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia. FOTO Ihsan Facebook Team Malaysia
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan dia berada di kelas tersendiri apabila meraih emas di Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, malam tadi.

Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu mengungguli kategori 72 kilogram (kg) selepas berjaya melakukan angkatan seberat 210 kg sekali gus mempertahankan emas yang diraih pada edisi 2019 di Kazakhstan.

Angkatannya itu jauh meninggalkan pencabar terdekatnya dari China, Hu Pang yang meraih perak dengan angkatan 196kg manakala atlet Mesir, Shaaban Ibrahim memenangi gangsa dengan angkatan 195kg.

Kejayaan Bonnie turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengucapkan ucapan tahniah kepada atlet berusia 22 tahun dari Sarawak itu.

Apa yang dilakarkan Bonnie itu disifatkan sebagai satu kejayaan yang membanggakan negara.

"Tahniah Bonnie. Malaysia berbangga dengan kamu," kata Ahmad Faizal dalam laman sosial Facebook hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 10:57 AM