WARHOLM berjaya meraih pencapaian luar biasa di Olimpik Tokyo pertengahan tahun ini. FOTO AFP
WARHOLM berjaya meraih pencapaian luar biasa di Olimpik Tokyo pertengahan tahun ini. FOTO AFP
AFP

Paris: Atlet lari berpagar 400 meter (m) Norway, Karsten Warholm dan pelari pecut Jamaica, Elaine Thompson-Herah dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Olahraga Dunia di atas pencapaian sensasi di Sukan Olimpik Tokyo.

Warholm menerima anugerah atlet olahraga lelaki terbaik selepas memecahkan rekod dunia 29 tahun untuk muncul juara dalam saingan akhir Olimpik dengan catatan 45.94 saat (s).

Pencapaiannya dilabel sebagai prestasi paling cemerlang dalam sejarah Olimpik sepanjang zaman.

Elaine meraih anugerah atlet olahraga wanita terbaik selepas pencapaian berganda di Olimpik secara berturut-turut.

Walaupun rakan senegaranya, Shelly Ann Fraser Pryce diletakkan sebagai pilihan ketika temasya berkenaan, Elaine berjaya mempertahankan acara pecut 100m yang dimenanginya lima tahun lalu di Rio.

Dalam saingan 200m, dia berjaya mengetepikan pelari berusia 18 tahun dari Namibia, Christine Mboma untuk mencatatkan kejayaan berganda dua kali berturut-turut.

"Saya sangat hampir untuk mencatatkan rekod dunia, jadi anda tahu apa saja tidak mustahil. Saya tidak akan bersara dalam masa terdekat," kata pelari berusia 29 tahun itu di majlis yang diadakan di Monaco.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 3:00 PM