Gandingan Jerman, Kevin Krawietz (kiri) dan Tim Puetz beraksi berdepan pasangan Britain dalam saingan Piala Davis di Innsbruck, Austria. FOTO EPA
Gandingan Jerman, Kevin Krawietz (kiri) dan Tim Puetz beraksi berdepan pasangan Britain dalam saingan Piala Davis di Innsbruck, Austria. FOTO EPA
AFP

Innsbruck, Austria: Kevin Krawietz dan Tim Puetz menewaskan gandingan Britain, Joe Salisbury dan Neal Skupski dalam aksi sengit sekali gus memastikan Jerman mara ke peringkat separuh akhir, Piala Davis.

Kemenangan itu membolehkan Jerman mengesahkan pertembungan berdepan Russia atau Sweden di Madrid pada, Sabtu ini.

"Ia sangat hebat, ia perasaan yang luar biasa," kata kapten Jerman, Michael Kohlmann.

"Kami mempunyai keserasian berpasukan yang hebat. Kami jangkakan kekalahan sengit hari ini dan Ahad lalu dan pasukan ini mampu melangkaui perkara luar biasa seperti ini."

Dan Evans mengatasi Peter Gojowczyk, 6-2, 6-1 dalam tempoh 55 minit untuk Britain mendahului, mereka beraksi tanpa gandingan adik-beradik Andy dan Jamie Murray.

Bagaimanapun Jan-Lennard Struff berjaya menewaskan pemain nombor satu Britain, Cameron Norrie 7-6 (8/6), 3-6, 6-2 untuk memastikan Jerman terikat 1-1.

"Saya sangat gembira dengan corak permainan hari ini, Cam Norrie sememangnya lawan yang sukar dan memberi tentangan sengit," kata Struff.

"Saya berjaya memberikan tekanan kepadanya dan melakukannya hari ini."

Croatia menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir selepas menewaskan Itali, 2-1, semalam. Mereka menanti pemenang antara Serbia yang diketuai Novak Djokovic dan Kazakhstan yang berentap di suku akhir, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 8:59 AM